Showing posts with label trail hiking. Show all posts
Showing posts with label trail hiking. Show all posts

November 24, 2017

Perkongsian: Tip-tip & Cara Bawa Anak Kecil Sambil Hiking


SEKADAR PERKONGSIAN : Tip-tip & Cara Bawa Anak Kecil Sambil Hiking
Sebenarnya tidak lah menggalakkan atau melarang untuk hiking dengan membawa anak. Tidak kira samada kita mendaki gunung, bukit mahupun waterfall. Walaubagaimanapun, tak salah kita mendaki dengan anak anak jika cukup persediaannya. Saya kongsikan sedikit ilmu jika dapat membantu mereka yang carikan info ini.

Antara tips yang penting :

1) Keadaan anak yang dibawa mestilah sihat walafiat. Cukup makan & selesa. Kalau boleh bawa anak yang dah pandai berjalan & bercakap. Bawah setahun rasanya tak sesuai untuk aktiviti hiking.

2) Pilih trek hiking yang tak berapa hardcore dan santai. 
Ontrek dalam 30 - 45 minit supaya perjalanan tu tidak membosankan dan anak anak enjoy. Jika trek yang hardcore dan lama bukan sahaja buat mereka letih malah kita juga nanti akan mental koyak menenangkan mereka.

3) Kalau boleh ontrek waktu siang sahaja. 
Elakkan daripada ontrek sehingga lewat malam untuk elak sebarang kemungkinan yang lain.

4) Guna carrier/gendong @ ssc yang bersesuaian kerana sampai satu tahap mereka akan minta didukung.

5) Bawa bekalan atau snek yang berkhasiat supaya dapat dimakan bersama sama semasa ontrek atau di puncak nanti.

6) Jangan dikejar puncak jika anak anak atau kita sendiri tak larat. 
Cukup lah hike sekadar yang mampu dan boleh berpatah balik jika hanya dapat hike sehingga separuh jalan sahaja.

Anak anak bukan penghalang untuk kita teruskan minat tetapi persediaan awal dari segi fizikal dan mental perlu kita lakukan untuk sebarang risiko yang dihadapi.

Pengalaman saya hanya pernah membawa anak anak mendaki bukit dan air terjun sahaja. Dan mula membawa mereka pada usia 3 tahun & 4 tahun. Jika ada tips tips yang lain juga boleh dikongsi bersama.

Nota: 
a. Gambar ini diambil semasa sesi training XPDC6Gunung membawa beban. Kami tak bawa load tapi bawa anak. Hihi..
b. Jangan dibawa anak anak hiking g5 atau g7 pula ye.

Nukilan asal oleh Rabiatul Adawiah's Facebook Postinghttps://www.facebook.com/groups/36742729808/permalink/10155968524479809/ )


November 23, 2017

Road to Annapurna: Latihan Hiking Naik ke Gunung Telapak Buruk di Lenggeng


Ini adalah latihan lasak kami yang terakhir sebelum bertolak ke Annapurna Base Camp - latihan hiking ke atas Gunung Telapak Buruk di Lenggeng, Negeri Sembilan. Cabaran hiking kali ini agak mencabar kerana mengambil jarak yang panjang iaitu 11 km mendaki dan 11 km untuk turun kembali. Dan ianya mengambil masa selama 9 jam ke 11 jam untuk lengkap naik dan turun. Tahap ketinggian juga dalam 1,200 mete dari paras laut. Cuma kami bermula pada 400 meter paras laut - jadi pendakian cuma dalam 800 meter sahaja. Namun ianya cukup sebagai latihan kami.

Antara tips dan panduan dalam latihan ini,