September 20, 2020

Mencabar Tapi Puas ! Ekpedisi Pendakian Gunung Datuk 20 Sept 2020 (Ahad)

 Watch our video below in full screen.

Pendakian kali ini ke Gunung Datuk, Rembau (pronounce as Rombhau) Negeri Sembilan. Ketinggian 855 meter dari aras laut, memang mencabar.. terutama kepada pendaki yang baru. Bagi yang dah biasa, mungkin agak mudah bagi mereka.

4.30 am : Bertolak dari Bandar Baru Bangi. Tempat berkumpul di ofis Primaclouds Solutions Sdn Bhd / Roti Puri. Farid dan saya menunggu Tonot dan Arue bersama anak terunanya. Kami bertolak dengan kereta lumba putih.
5.10 am : Bertemu dengan Saufi dari Senawang dekat Perhentian Senawang.
5.45 am : Sampai di Rembau. Berhenti Solat Subuh berjemaah di Petronas.
6.30 am : Sarapan di Pekan Rembau - makanan negeri sembilan.. agak kepedasan walaupun cili nasi lemak sahaja. Hehe
7.00 am: Sampai di kaki Gunung Datuk. Besiap sedia.
7.24 am : Kami memulakan perjalanan.
8.00 am : Sampai di kaunter pembayaran & ke trailhead ke Gunung Datuk.
10.30 am : Kami sampai ke puncak Gunung Datuk. Perjalanan dalam 2 jam 30 minits.
11.45 am : Setelah berada lebih kurang 1 jam 1 minit di atas puncak, kami mula menuruni Gunung Datuk.
1.00 pm : Lebih kurang pukul 1pm kami sampai di tempat permulaan pendakian.

Alhamdulillah, semuanya selamat turun tanpa kecederaan dan mengalami kerosakan kepada kasut atau perkakasan yang di bawa.

No comments:

Post a Comment