Showing posts with label Annapurna. Show all posts
Showing posts with label Annapurna. Show all posts

November 23, 2017

Road to Annapurna: Latihan Hiking Naik ke Gunung Telapak Buruk di Lenggeng


Ini adalah latihan lasak kami yang terakhir sebelum bertolak ke Annapurna Base Camp - latihan hiking ke atas Gunung Telapak Buruk di Lenggeng, Negeri Sembilan. Cabaran hiking kali ini agak mencabar kerana mengambil jarak yang panjang iaitu 11 km mendaki dan 11 km untuk turun kembali. Dan ianya mengambil masa selama 9 jam ke 11 jam untuk lengkap naik dan turun. Tahap ketinggian juga dalam 1,200 mete dari paras laut. Cuma kami bermula pada 400 meter paras laut - jadi pendakian cuma dalam 800 meter sahaja. Namun ianya cukup sebagai latihan kami.

Antara tips dan panduan dalam latihan ini,

November 21, 2017

Semua Sekali 53 Helai Bang... Yes! Baju Istimewa Sempena Trip ke Annapurna Base Camp..

Baju sempena trip hiking kami dari geng-geng basikal dari Bangi dan beberapa geng lain dari Kuantan dan Johor Bharu ke Annapurna Base Camp (ABC), baju after-ride kelab basikal Yaafur Cycling Club (YCC) dan satu baju design khas penaja dari Essens Health Sdn Bhd telah siap design dan sudah submit order kepada pihak kilang. Pihak kilang kami adalah pengusaha kilang t-shirt dan segala jenis baju custom made iaitu dari AQ Reka Sdn Bhd di Bandar baru Bangi. (sila ke Resources Page untuk maklumat lanjut - alamat, nombor telefon dan email address).

1. Baju Official Trip ke Annapurna Base Camp



November 18, 2017

Persediaan Peralatan Video dan Gambar Untuk ke Annapurna - Apa yang perlu dibawa?


Apa kelengkapan peralatan video yang amat perlu untuk merakam video dan gambar semasa hiking di Annapurna?

Perkara per-1 : Muatan beg mestilah tidak terlalu berat dan besar
Perkara ke-2 : Faktor keselamatan (kecurian dan kerosakan)
Perkara ke-3 : Storage Memory Card vs Backup Video
Perkara ke-4 : Bateri

1. Kamera  
Saya pilih untuk membawa Gopro sahaja bersama iPhone 6. Gopro untuk video dan iPhone 6 untuk tangkap gambar. Gopro dan mobile phone sesuai kerana saiznya yang kecil dan mudah untuk dibawa dan disimpan.

- Gopro : 3 bateri, 3 memory card (32 gb, 32 gb & 16 gb), selfie stick, casing yang backdoor open up.
- iPhone 6 : 64 gb

October 30, 2017

Road to Annapurna: Sesi Review Kelengkapan yang telah lengkap oleh setiap geng ke ABC

Ok, pada malam Khamis 24 Oktober 2017, 10.00 pm kami berlima (5 dari 8 orang) telah membuat review kelengkapan barang-barang di rumah Master Arue. Basically, kami masih ada lebih kurang satu bulan dari tarikh penerbangan kami ke Kathmandu iaitu pada 26 Okt 2017 (Ahad). Jadi, dengan masa yang masih ada beberapa hari lagi ini, kelengkapan kami juga masih belum lengkap dan yang belum lagi kami beli atau dapatkan. Dengan masa yang singkat ini juga, Master Arue - masih lagi belum mendapatkan tiket kapal terbang. Kami agak risau juga sebenarnya, takut kalau last minit - nanti harga tiket akan jadi lebih tinggi. Dan pada malam review kelengkapan ni, Master Arue tak ade bawa keluar apa apa pun barang. Hanya kami berempat sahaja yang telah keluarkan semua barang-barang kelengkapan yang telah sedia.

Dengan masa yang tinggal tidak sampai sebulan inilah kami akan gunakan untuk melengkapkan mana-mana barang yang belum ada.

October 28, 2017

Road to Annapurna: Review Guardian Seluar Dalam Pakai Buang (Disposable Men's Cotton Brief)


Ok, hari ni nak review sikit underwear atau pun seluar dalam pakai buang jenama Guardian - beli dekat Guardian farmasi.

Material dia diperbuat daripada cotton atau pun kapas yang tidak kesat dan direka 100% kapas - ianya memang nipis, cuma di bahagian depan agak tebal sikit, jadi ada keselesaan di situ. Mari kita tengok spesifikasi seluar dalam ini:

1. Bahan digunakan: 100% kapas & getah bagi bahagian pinggang untuk mengetatkannya.

Road to Annapurna: Latihan 15 km jalan kaki sekitar Bandar Baru Bangi


Latihan : #11 (bermula sejak September, 2017)
Jenis Latihan : Berjalan
Jarak & Masa : 15 km & 3 jam 5 minit
Lokasi : Bandar Baru Bangi

Hari ini sepatutnya trekking dengan geng ABC (Annapurna Base Camp) dan juga geng geng Keza (Keza ni geng kayuh basikal bukit (MTB) saya) - tapi since badan masih belum rasa kuat, jadi buat keputusan untuk tidak menyertai trekking tu.

Namun, latihan perlu dibuat juga sebagai persiapan ke ABC ini. Ambil keputusan untuk buat walking sendiri di sekitar Bandar Baru Bangi sahaja. Antara jalan yang saya lalui adalah dari Seksyen 3, naik ke Mutiara Bangi, kemudian ke Bukit Darussyifa, dari situ terus ke puncak Bangi Golf Resort, dan akhir sekali ke Taman Tasik Cempaka. Kat TTC buat satu pusingan besar, boleh dapat 2 km. Dan patah balik ke Seksyen 3 - tapi masa jalan balik tu, saya tak naik ke puncak Bangi Golf Resort dah.. cukup lah masa pergi sahaja.

Boleh tengok video di bawah perjalanan latihan tadi, ade buat sikit vlog untuk tatapan rakan-rakan dan sesiapa yang nak jadikan panduan. nak join lepas ni pun boleh.
 Nota:  Tengok fullscreen, jangan tengok dalam screen kecik tu yer.