November 24, 2017

Perkongsian: Tip-tip & Cara Bawa Anak Kecil Sambil Hiking


SEKADAR PERKONGSIAN : Tip-tip & Cara Bawa Anak Kecil Sambil Hiking
Sebenarnya tidak lah menggalakkan atau melarang untuk hiking dengan membawa anak. Tidak kira samada kita mendaki gunung, bukit mahupun waterfall. Walaubagaimanapun, tak salah kita mendaki dengan anak anak jika cukup persediaannya. Saya kongsikan sedikit ilmu jika dapat membantu mereka yang carikan info ini.

Antara tips yang penting :

1) Keadaan anak yang dibawa mestilah sihat walafiat. Cukup makan & selesa. Kalau boleh bawa anak yang dah pandai berjalan & bercakap. Bawah setahun rasanya tak sesuai untuk aktiviti hiking.

2) Pilih trek hiking yang tak berapa hardcore dan santai. 
Ontrek dalam 30 - 45 minit supaya perjalanan tu tidak membosankan dan anak anak enjoy. Jika trek yang hardcore dan lama bukan sahaja buat mereka letih malah kita juga nanti akan mental koyak menenangkan mereka.

3) Kalau boleh ontrek waktu siang sahaja. 
Elakkan daripada ontrek sehingga lewat malam untuk elak sebarang kemungkinan yang lain.

4) Guna carrier/gendong @ ssc yang bersesuaian kerana sampai satu tahap mereka akan minta didukung.

5) Bawa bekalan atau snek yang berkhasiat supaya dapat dimakan bersama sama semasa ontrek atau di puncak nanti.

6) Jangan dikejar puncak jika anak anak atau kita sendiri tak larat. 
Cukup lah hike sekadar yang mampu dan boleh berpatah balik jika hanya dapat hike sehingga separuh jalan sahaja.

Anak anak bukan penghalang untuk kita teruskan minat tetapi persediaan awal dari segi fizikal dan mental perlu kita lakukan untuk sebarang risiko yang dihadapi.

Pengalaman saya hanya pernah membawa anak anak mendaki bukit dan air terjun sahaja. Dan mula membawa mereka pada usia 3 tahun & 4 tahun. Jika ada tips tips yang lain juga boleh dikongsi bersama.

Nota: 
a. Gambar ini diambil semasa sesi training XPDC6Gunung membawa beban. Kami tak bawa load tapi bawa anak. Hihi..
b. Jangan dibawa anak anak hiking g5 atau g7 pula ye.

Nukilan asal oleh Rabiatul Adawiah's Facebook Postinghttps://www.facebook.com/groups/36742729808/permalink/10155968524479809/ )


November 23, 2017

Road to Annapurna: Latihan Hiking Naik ke Gunung Telapak Buruk di Lenggeng


Ini adalah latihan lasak kami yang terakhir sebelum bertolak ke Annapurna Base Camp - latihan hiking ke atas Gunung Telapak Buruk di Lenggeng, Negeri Sembilan. Cabaran hiking kali ini agak mencabar kerana mengambil jarak yang panjang iaitu 11 km mendaki dan 11 km untuk turun kembali. Dan ianya mengambil masa selama 9 jam ke 11 jam untuk lengkap naik dan turun. Tahap ketinggian juga dalam 1,200 mete dari paras laut. Cuma kami bermula pada 400 meter paras laut - jadi pendakian cuma dalam 800 meter sahaja. Namun ianya cukup sebagai latihan kami.

Antara tips dan panduan dalam latihan ini,

November 21, 2017

Semua Sekali 53 Helai Bang... Yes! Baju Istimewa Sempena Trip ke Annapurna Base Camp..

Baju sempena trip hiking kami dari geng-geng basikal dari Bangi dan beberapa geng lain dari Kuantan dan Johor Bharu ke Annapurna Base Camp (ABC), baju after-ride kelab basikal Yaafur Cycling Club (YCC) dan satu baju design khas penaja dari Essens Health Sdn Bhd telah siap design dan sudah submit order kepada pihak kilang. Pihak kilang kami adalah pengusaha kilang t-shirt dan segala jenis baju custom made iaitu dari AQ Reka Sdn Bhd di Bandar baru Bangi. (sila ke Resources Page untuk maklumat lanjut - alamat, nombor telefon dan email address).

1. Baju Official Trip ke Annapurna Base Camp



November 18, 2017

Persediaan Peralatan Video dan Gambar Untuk ke Annapurna - Apa yang perlu dibawa?


Apa kelengkapan peralatan video yang amat perlu untuk merakam video dan gambar semasa hiking di Annapurna?

Perkara per-1 : Muatan beg mestilah tidak terlalu berat dan besar
Perkara ke-2 : Faktor keselamatan (kecurian dan kerosakan)
Perkara ke-3 : Storage Memory Card vs Backup Video
Perkara ke-4 : Bateri

1. Kamera  
Saya pilih untuk membawa Gopro sahaja bersama iPhone 6. Gopro untuk video dan iPhone 6 untuk tangkap gambar. Gopro dan mobile phone sesuai kerana saiznya yang kecil dan mudah untuk dibawa dan disimpan.

- Gopro : 3 bateri, 3 memory card (32 gb, 32 gb & 16 gb), selfie stick, casing yang backdoor open up.
- iPhone 6 : 64 gb

November 16, 2017

Kalau Lampu Minyak Kurang Dah Menyala, Berapa Jauh Boleh Jalan Lagi? Merbahaya ke Kalau Terus Jalan Juga?

1. Berapa Jauhkah Anda Boleh Memandu Dengan Lampu E Menyala?


Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa jauh kereta anda boleh pergi bila lampu amaran tangki minyak simpanan mula menyala? Penting untuk anda mengetahui jarak anggaran yang boleh dipandu setelah lampu amaran ini mula menyala kerana jika anda tersalah anggaran, anda mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat mengisinya semula.
Jadi berbalik kepada persoalan berapa jauh jarak yang boleh dicapai sekiranya lampu amaran ini sudah menyala? Jawapan yang dicari sebenarnya ada pada buku manual kereta anda.