September 19, 2020

Terangkat ! Asam Pedas Norita di Pantai Siring, Melaka

 Watch our video below in full screen.

Melaka ada banyak jeti nelayan dan biasanya terdapat gerai ikan bakar berdekatan dengannya. Lokasi yang biasa kita dengar adalah Muara Sg Duyung, Alai, Umbai, Serkam dan beberapa lagi jeti kecil diantaranya.

Kami ke Norita Asam Pedas di jeti nelayan Pantai Siring Melaka berdekatan dengan Umbai untuk menikmati asam pedas ikan segar yang baru ditangkap.

Jeti ini berdekatan dengan Jeti Anjung Batu iaitu jeti untuk menaiki bot ke Pulau Besar. Pemandangan di pantai Siring sangat menarik dengan tiang-tiang kabel elektrik di tengah laut ke Pulau Besar yang ikonik. Jalan ke sini agak kecil, namun muat kereta selisih.

No comments:

Post a Comment