November 22, 2020

Kayuhan MTB Offroad ke Jenderam / Salak Tinggi bersama Lapan (8) master riders

 Watch our video below in full screen.

* Ralat: 17km bukan 22.22km seperti dalam video yer.

-

Hari Ahad yang lepas iaitu pada 22 Nov, 2020, kami masuk ke offroad di Kg Jenderam / Salak Tinggi untuk kayuhan mountain bike (MTB). Ini adalah off-road 1st saya untuk tahun 2020. Wow.. trail ni memang best, walau pun pendek hanya 17 km sahaja, tapi puas.

Hari sebelumnya iaitu Sabtu, hujan turun agak lebat di kawasan Bangi, Jenderam dan Salak Tinggi, jadi trail di sini basah dan agak berlumpur. Teringat zaman muda dahulu bermain lumpur. 

Okay, trail kali ini hasil recce dari master Arue & trader Pirate ianya just nice. Climbing tak tinggi sangat, downhill pun tak steep sangat - hardtail masih boleh layan. Kalau yang pakai soft-tail tuh.. memang best layan downhill di sini.

1. Ini gambar profile trail ini. Ketinggian maksima cuma 108 meter sahaja.

2. Ini gambar peta trail ini.

Untuk tengok record data kayuhan ini dan peta penuh, boleh click here.


3. Ok kepada sesiapa yang ingin mencuba trail ni, saya guide sikit kat mana lokasi & parking yang sesuai.

Parking & Trailhead :  Parking depan kedai Hassan Seafood (click untuk view Google Map) ni - kedai ini hanya buka waktu malam sahaja. Jadi boleh parking dikawasan kedai Hassan Seafood ini. Ample parking.. Depan kedai dan juga tepi kedai. 

Trailhead start dari jalan tar kampung tu, dan terus ke dalam.




4. Breakfast & sesi minum selepas kayuhan

Sebelum masuk trail, dan selepas habis kayuhan offroad ride - boleh singgah kedai ni Warong selekoh kambing (click here to view on the Map), kami layan teh ais pekat kaw ikat tepi dalam mangkuk di sini. Layan minum teh ais bawah pokok buluh tepi jalan tuh.. tengok dalam gambar..

Warong selekoh kambing
180, B48, Kampung Jenderam Hulu, 43900 Sepang, Selangor
010-544 3951


-

ok, harap dapat enjoy video kami kali ini. 

ok.. terima kasih.


Jumpa lagi di video yang seterusnya.


No comments:

Post a Comment