Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa jauh kereta anda boleh pergi bila lampu amaran tangki minyak simpanan mula menyala? Penting untuk anda mengetahui jarak anggaran yang boleh dipandu setelah lampu amaran ini mula menyala kerana jika anda tersalah anggaran, anda mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat mengisinya semula.
Jadi berbalik kepada persoalan berapa jauh jarak yang boleh dicapai sekiranya lampu amaran ini sudah menyala? Jawapan yang dicari sebenarnya ada pada buku manual kereta anda.
Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 7.5 liter. Ia akan berkelip dengan kadar perlahan dan akan berkelip dengan lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 6.0 liter.
/Ini Fakta Penting Anda Perlu Tahu/
Menurut Dato’ Ir Hj Mohamad b Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ)
1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km.
2. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud 'Enough'.
3. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km.
4. Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan yang konsisten.
NOTA/Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.
☝☝☝☝ info berguna untuk semua.. selamat memandu...🤓🤓🤓
2. Adakah Merbahaya Jika Terus Memandu Dengan Lampu E Menyala?
Pemanduan secara berterusan dengan tahap bahan api yang rendah juga boleh menyebabkan jangka hayat pramatang pam bahan api (fuel pump). Fungsi utama bahan api (petrol/diesel) adalah untuk bertindak sebagai unsur mudah terbakar dalam silinder enjin kereta anda, selain itu bahan api juga membantu sebagai bahan pelincir dan bahan penyejuk untuk pam itu sendiri.
Membiarkan paras rendah bahan api untuk tempoh masa yang panjang boleh menyebabkan bahagian-bahagian pam menjadi kering dan kemungkinan pecah dan / atau menyebabkan pam bahan api menjadi terlalu panas dan berpotensi untuk gagal berfungsi. Jika pam bahan api tidak berfungsi sama sekali, selalunya mekanik menganggap bahawa keseluruhan unit telah rosak dan perlu diganti segera.
Maklumat penuh boleh baca di sini Mick's Garage (artikel dalam bahasa inggeris).
No comments:
Post a Comment