November 23, 2017
Road to Annapurna: Latihan Hiking Naik ke Gunung Telapak Buruk di Lenggeng
Ini adalah latihan lasak kami yang terakhir sebelum bertolak ke Annapurna Base Camp - latihan hiking ke atas Gunung Telapak Buruk di Lenggeng, Negeri Sembilan. Cabaran hiking kali ini agak mencabar kerana mengambil jarak yang panjang iaitu 11 km mendaki dan 11 km untuk turun kembali. Dan ianya mengambil masa selama 9 jam ke 11 jam untuk lengkap naik dan turun. Tahap ketinggian juga dalam 1,200 mete dari paras laut. Cuma kami bermula pada 400 meter paras laut - jadi pendakian cuma dalam 800 meter sahaja. Namun ianya cukup sebagai latihan kami.
Antara tips dan panduan dalam latihan ini,
1. Parking kereta
Kerana kawasan kaki naik ke GTB ini agak sunyi walaupun ianya terletak di sebalah jalan besar (Broga Jantan), ianya berisiko tinggi untuk berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Jadi, boleh parking kereta ke atas sikit dalam trail naik ke GTB, ada kawasan lapang yang boleh memuatkan beberapa buah kereta.
Jangan tinggalkan barang-barang yang berharga di dalam kenderaan anda - jika tidak perlu, jangan bawa semasa aktivit hiking.
2. Bekalan makanan yang mencukupi
Kerana masa dan jarak aktiviti hiking ini memakan masa yang agak panjang dan jauh - jadi makanan harus dibawa. Untuk trip ini kami bawa bekalan makan tengahari seperti roti canai 2 keping, 2 kuih muih untuk setiap seorang. Air dalam 2 liter ke 3 liter. Dan setiap seorang juga bawa cokelat bar seperti Mars.
3. Rancang kawasan untuk solat
Di pertengahan perjalanan hiking ke GTB ini ada satu pancur air yang kami boleh gunakan untuk berwuduk. Jadi, kami solat jamak (tidak qasar) Zohor dan Asar di situ. Boleh tengok dalam video ini kami solat dan berdoa.
Ini adalah nota yang disediakan oleh Abey Mokh sebelum naik ke GTB dalam group whatsapp kami:
Hiking GTB Ahad 19-Nov-17, insyaAllah...
1. Mokhzani.
2. Farid.
3. Redza.
4. Sopian.
5. Sulaiman.
6.
7.
8.
9.
Info berkaitan;
a. Naik 🚗🚙 ke Lenggeng (subuh kat R&R Beranang).
b. Bekpes @ Lenggeng 0700hrs (tapau lunch).
c. Naik 🚗🚙 ke kaki GTB.
d. Parking 🚗🚙 kat kaki GTB.
e. Start naik dari kaki GTB 0800hrs.
f. Lunch @ puncak GTB 1200hrs – 1400hrs.
g. Start turun dari puncak GTB 1400hrs.
h. Sampai kaki GTB 1800hrs.
i. Bersurai.
Persediaan Kelengkapan.
i. Pakaian & kasut yg sesuai.
ii. Topi.
iii. Sunglass.
iv. Rain coat / ponco.
v. Daypack.
vi. Face towel.
vii. Kain pelekat.
viii. Air minum (minimum 3L, combination of air kosong & isotonik).
ix. Snacks & munchies (snickers, roti, biskut, etc).
x. Multi/utility tools.
xi. First aid kit / minyak angin/panas.
xii. Velcro strap & cable tie.
xiii. Walking stick.
xiv. Headlight + spare battery.
Itu saja dahulu untuk kali ini, artikel baru akan menyusul lagi nanti. Boleh enjoy tengok video di bawah. Dan jika ada pertanyaan atau komen boleh tulis di bawah.
Nota: Tengok fullscreen, jangan tengok dalam screen kecik tu yer.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment