1. Baju Official Trip ke Annapurna Base Camp
Untuk baju jersey di atas kami menggunakan kain yang agak menarik kerana mempunyai texture dan kainnya agak berkilat.. kain ini dipanggil 'double eye-lid'. Kami mengambil masa lebih kurang tiga minggu untuk menyiapkan design baju ini semua - ada tiga (3) design dengan tiga (3) warna baju iaitu putih, hitam dan biru gelap. Design ini hanya untuk bahagian depan sahaja, bahagian belakang hanya kosong sahaja.
Tema design semua tshirt di atas merangkumi elemen-element hiking dan maklumat yang berkaitan dengan trip hiking ke Annapurna.
- Nama tempat iaitu Annapurna Base Camp dengan perkataan Himalayas berserta ketinggian Annapurna Base Camp iaitu 4,130 meters dari aras laut.
- Maklumat perjalanan kami iaitu dari Kuala Lumpur ke Kathmandu dan balik ke Kuala Lumpur. Kami menggunakan kod lapangan terbang seperti di dalam tiket penerbangan kami iaitu KUL dan KTM. Tarikh perjalanan kami juga disertakan dalam design ini.
- Nama-nama peserta trip hiking ini juga diletakan dalam design ini.
- Elemen yang digunakan juga berkaitan dengan gunung, iaitu - gambar gunung juga. Warna putih dipilah untuk melambangkan 'snow cap mountain'. Selain itu, elemen peta topografi digunakan sebagai latar belakang dalam perkataan Annapurna (design nombor 3). Peta topografi merupakan sebuah peta yang menggambarkan berbagai kenampakan permukaan bumi dalam bentuk ketinggian - ianya berkaitan rapat dengan gunung dan kawasan tanah tinggi.
- Tagline yang kami gunakan ada dua (2) iaitu 'Road To' & 'Dreamed, Explored and Discovered' - yang di ambil dari pemcarian di Google, dan ianya adalah salah satu lagu dari Mark Twain.
2. Baju Penaja : Essens Health Sdn Bhd - Essential Health & Beauty Lifestyle
Syarikat ini adalah pengedar penawar gastrik nombor #1 di Malaysia, dan ianya juga di hantar ke Indonesia, Singapura dan Brunei iaitu Alkalising Green Plus atau lebih dikenali sebagai AGP. Ianya diperbuat dari bahan natural yang diimport khas dari Australia. Selain dari AGP, Green Coffee Fat Burner atau dikenali sebagai GCFB - ianya untuk mengawal masalah kegemukan, selain meningkatkan tahap metabolisme dalam badan. GCFB juga telah terbukti keberkesannya kepada pengguna-pengguna di Malaysia dan juga di Asia Tenggara.
Selain itu, mereka juga mengedarkan serum khas untuk melembutkan dan mencantikan kulit. Saya akan share dalam blog yang akan datang dengan lebih lanjut lagi.
3. Baju After-Ride Kelab Basikal Yaafur Cycling Club (YCC)
Sebagai salah satu anggota kelab YCC ini, saya menempah khas sehelai tshirt jersey after-ride ini. kelab ini ditubuhkan oleh pengasasnya iaitu Kapten Hj Zainol Abidin dan beberapa rakan beliau di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Walaupun saya tinggal di Bandar Baru Bangi, saya menyertai kelab YCC ini kerana Kapten Hj Zainol adalah ayah mertua saya .. peace yer.. Ahli-ahli YCC sentiasa menjaga ukhuwah antara ahli dan juga antara kelab-kelab basikal yang lain samada yang dekat atau pun jauh. Kelab YCC mempunyai ahli dari kalangan otai dan wallap, remaja dan muda - ini menyebabkan YCC agak unik. Cuma kami belum dapat podium.. another peace yo..
RALAT :
Dari SUK (Setiausaha Kehormat) YCC, Pn Salwa
"Pembetulan Pian...Kapten..K.Ani..n.. K.Indah...depa dah naik PODIUM..di jamboree "OTAI"sg buaya....n tq jugak buat Yb kerna tlh bg saguhati buat depa yg naik podium di jamboree otai...."
"Cuma kami ni je yg x naik podium...ni semua salah abg harun sbbnya ajak kami ikut cickenππ₯ loop...poyo betuiii lah...ππ π"
"Pian....pembetulan jugak....Zairee pun dah naik Podium di jamboree SUTAMA..."
Dan pembetulan dari Mr Hulk Hogan YCC
"pembetulan lagi...saya juga pernah naik podium..sekali di Otai Sg Buaya dan sekali di Taman Metropolitan Kepong...naik podium utk sessi bergambar sahaja. Sekian Terima Kasih kerana membaca dgn khusyuk dengan rasa hairan dan tertanya2.."
:
Bila nak pakai semua baju ni? Banyak tuh
Tempat yang wajib pakai semua baju di atas adalah apabila sampai di Annapurna Base Camp. Kemungkinan kami tidak tidak dapat bermain salji - kami memang memilih untuk pergi pada bulan November dan December kerana pada bulan ini belum musim salji. Jika musim salji, cuaca akan menjadi lebih sejuk dan penyediaan pakaian juga mestiah sesuai dengan cuaca di sana - seperti seluar salji dan sebagainya. Walaupun bukan musim salji - kami akan membawa snow glove, base layer thermal, fleece jacket, beanie, penutup leher yang ada fleece sekali, stokin bulu kambing (wool), jaket tahan cuaca dan sebagainya.
Jika ada apa-apa komen mengenai baju di atas - boleh tulis di bahagian komen di bawah.
Dan doakan kami selamat sampai ke destinasi kami ke Annapurna Base Camp (ABC) dan selamat pulang ke tanahair tercinta negaraku Malaysia.
No comments:
Post a Comment