Dengan masa yang tinggal tidak sampai sebulan inilah kami akan gunakan untuk melengkapkan mana-mana barang yang belum ada.
Di bawah adalah antara kelengkapan yang telah kami beli dan dapatkan untuk trip kami ke Annapurna Base Camp nanti:
1. Beg Utama & backpack:
a. Beg Utama
Mestilah cukup besar untuk memuatkan barang kelengkapan selama 12 ke 13 hari berada di Himalaya nanti. Jadi, saiz yang sesuai adalah dalam 60 liter hingga ke 70 liter. Dan beg utama ini mestilah buatannya kukuh kerana ianya akan dipikul oleh porter. Kalau ianya nipis, dan jahitan tidak kuat - takut nanti koyak atau bocor.
Dari segi harga, ianya memang agak tinggi, sekitar RM250 hingga ke RM1,000 dan lebih. Jadi buatlah pilihan yang sesuai. Tiga geng kami hanya menggunakan beg utama yang lama atau beli secondhand jer. Ada yang dapat good quality built beg utama secondhand hanya dengan rm50. Ada yang pinjam dari saudara mara. Kalau nak beli baru belilah masa musim ada jualan, jadi boleh lah dapat murah sikit.
b. Backpack
Backpack digunakan semasa hiking atau pun berjalan - cukuplah dalam 20 liter ke 30 liter. Barang yang akan diisi dalam backpack ini adalah seperti jaket (jaket utama yang tahan cuaca, air, dan sejuk & fleece jacket untuk tahan sejuk), document perjalanan, snacks seperti chocolate, kacang dan sebagainya, kelengkapan kamera seperti bateri, external hard disk, memory card, tripod, dan sebagainya.
2. Kelengkapan pakaian:
Kelengkapa pakaian amat penting - ye betul, kerana kita manusia, kena pakai pakaian.. hahaha.. main main saja. Ok, kelengkapan pakaian terbahagi kepada tiga, iaitu pakaian ketika
- hiking biasa,
- pakaian ketika hiking tempat tinggi dan cuaca sejuk &
- kelengkapan pakaian untuk tidur.
a. Hiking biasa
Kasut hiking kena sesuai dan ianya amat penting, kerana kita akan menggunakan kasut selama kita berapa di Himalaya. Kami bawa tiga (3) pasang kasut -
- kasut hiking utama,
- kasut hiking backup dan
- sandal.
Pemilihan stokin juga amat penting - pilih yang tebal dan kalau mampu, dapatkan yang diperbuat daripada wool (bulu kambing). Alternatif, stokin yang tebal biasa pun boleh. Penambahan inner sole juga boleh dicuba. Cuma tidak ada lagi dari kami yang mencubanya. Jika, kami akan update lagi di sini.
Kelengkapan lain seperti seluar hiking yang sesuai. Baju yang bukan dibuat daripada cotton atau kapas adalah disarankan. Jadi banyak jersi jamboree basikal adalah menjadi pilihan utama..
b. Hiking tempat tinggi dan cuaca sejuk
Kelengkapannya sama seperti dari hiking biasa tapi perlu ditambah dengan kelengkapan tambahan - seperti fleece jacket, jacket tahan cuaca, sarung tangan yang tebal dan tahan sejuk (seperti sarung tangan untuk ski), fluff fleece, beanie with fleece, sunglasses (Polarized & UV ready), thermal base layer dan kasut hiking yang sesuai - kalis air dan tapak yang sesuai.
c. Pakaian untuk tidur
Stokin yang ada insulation untuk tahan dari sejuk, base layer untuk baju dan seluar, baju tebal dan seluar tebal, beanie untuk cover kepala dan paling penting kena ada good sleeping beg. Sleeping beg ini kalau boleh dapatkan yang mampu menahan suhu sehingga bawah -10 darjah selsius.
Kami bercadang untuk bawa sleeping beg biasa saja, yang sesuai dengan suhu di Malaysia. Ianya akan dijadikan sebagai inner sleeping beg, di sana nanti kami akan menggunakan sleeping beg yang diberikan oleh guide atau kami akan sewa sleeping beg yang tebal di sana. Sleeping beg yang diberikan atau disewa di sana mungkin tahap kepuasan penggunaan agak rendah, jadi kami bawa sleeping beg biasa sebagai lapik.
3. Kelengkapan lain:
a. Walking stick.
b. Snacks - seperti cokelat, kurma, kacang sebagai makanan tambahan ketika dalam trek.
c. Ubat-ubatan - seperti charcoal untuk sakit perut dan angin, ubat sakit muscle, lip balm, vaselin untuk sapu di kaki untuk mengelakan kaki melicit, High Altitude Sickness pil - beli dekat sana, muscle pain cream dan sebagainya. Jika ada yang spesifik kepada individu, boleh tambah ikut selera.
Itu saja dahulu untuk kali ini, artikel baru akan menyusul lagi nanti. Boleh enjoy tengok video di bawah - tiada penerangan lengkap dalam video ini - masa recording ni, skeleton backdoor gopro belum ada, jadi suara tak berapa jelas walaupun dah ditinggikan tahap suara tu. Jika ada pertanyaan atau komen boleh tulis di bawah.
Nota: Tengok fullscreen, jangan tengok dalam screen kecik tu yer.
No comments:
Post a Comment