November 18, 2017

Persediaan Peralatan Video dan Gambar Untuk ke Annapurna - Apa yang perlu dibawa?


Apa kelengkapan peralatan video yang amat perlu untuk merakam video dan gambar semasa hiking di Annapurna?

Perkara per-1 : Muatan beg mestilah tidak terlalu berat dan besar
Perkara ke-2 : Faktor keselamatan (kecurian dan kerosakan)
Perkara ke-3 : Storage Memory Card vs Backup Video
Perkara ke-4 : Bateri

1. Kamera  
Saya pilih untuk membawa Gopro sahaja bersama iPhone 6. Gopro untuk video dan iPhone 6 untuk tangkap gambar. Gopro dan mobile phone sesuai kerana saiznya yang kecil dan mudah untuk dibawa dan disimpan.

- Gopro : 3 bateri, 3 memory card (32 gb, 32 gb & 16 gb), selfie stick, casing yang backdoor open up.
- iPhone 6 : 64 gb


2. External Storage
Saya akan bawa komputer yang kecil bersaiz 11 inch dan bateri yang boleh tahan lama. Dan saya juga akan bawa external hard disk (1 terabyte) untuk backup semua video dari memory card Gopro.


- Laptop yang kecil.
- External hard disk (saiz: 1 terabyte)

3. Peralatan lain
Saya akan bawa;

- Modified Ikea kitchen timer (bahagian atas saya lekatkan Gopro platform & bahagian bawah saya modified dengan meletakan skru yang boleh disambungkan kepada tripod biasa).
- Saya perlukan tripod kecik - tapi saya belum jumpa lagi. Ini optional, jika tidak ada, saya terpaksa letakan kitchen timer tu di atas permukaan yang rata.




4. Penggunaan Storage Memory Card
Dari penggunaan biasa saya sekarang - 32 gb memory card boleh mengambil dan menyimpan video 1080 HD selama 1 jam 30 minit. Dan biasanya satu hari, saya akan mengambil video dalam 1 jam ke 1 jam 15 minit sahaja. Dengan keadaan ini - saya memerlukan storage backup dalam 32 gb x 12 hari = 384 gb sahaja. Jadi, external hard disk saya sudah mencukupi.

5. Penggunaan bateri Gopro
Dari pengalaman saya pergi ke Legoland baru baru ini, penggunaan bateri mencukupi dengan 3 bateri sahaja. Tapi, dengan syarat - kena off beberapa function dalam Gopro. Antaranya -

a. WIFI kena off.
b. Back display kena off.
c. Set auto-off setiap 1 minit.
d. Remote bluetooth pun kena off.

Jika ingin menggunakan feature di atas, kena tambah bilangan bateri lagi. Tanbahan 2 bateri lagi akan mencukupi.

Oh ya.. sabagai backup power, saya akan membawa satu (1) powerbank yang mempunyai kuasa 20,000 mah. Jadi semasa hiking, saya akan charge bateri Gopro yang telah digunakan menggunakan powerbank tersebut.







6. Cara penggunaan dan backup setiap hari

a. Setiap hari sebelum memulakan aktiviti, memory dikosongkan semua.
b. Bateri hendaklah dicaj penuh untuk semua Gopro bateri termasuk iPhone 6.
c. Apabila habis aktiviti - semua video akan di backup ke dalam external hard disk menggunakan laptop yang dibawa.
d. Semua bateri hendaklah dicaj semula - Gopro dan iPhone. Jika bateri laptop juga berkurangan, ianya hendaklah dicaj juga.

7. Pouch 
Penggunaan pouch juga penting kerana ianya akan memudahkan penyimpanan Gopro dan iPhone 6 semasa melakukan aktiviti hiking. Jika kamera disimpan di dalam beg - kita akan rasa malas nak ambil sebab susah dan nanti kuranglah gambar video semasa aktiviti.

8. Beg plastik (boleh guna dry-bag juga) untuk melindungi peralatan jika hujan

- - -

Jika ada suggestion atau pandangan, boleh lah kongsi di dalam komen di bawah.

Terima kasih

No comments:

Post a Comment