October 28, 2017

Road to Annapurna: Review Guardian Seluar Dalam Pakai Buang (Disposable Men's Cotton Brief)


Ok, hari ni nak review sikit underwear atau pun seluar dalam pakai buang jenama Guardian - beli dekat Guardian farmasi.

Material dia diperbuat daripada cotton atau pun kapas yang tidak kesat dan direka 100% kapas - ianya memang nipis, cuma di bahagian depan agak tebal sikit, jadi ada keselesaan di situ. Mari kita tengok spesifikasi seluar dalam ini:

1. Bahan digunakan: 100% kapas & getah bagi bahagian pinggang untuk mengetatkannya.

2. Saiz: M (100 cm - 105 cm) / L (105 cm - 110 cm) / XL (110 cm - 115 cm) - tidak pasti berapa inci jika ditukar.
3. Harga: RM12.50 bagi setaip pek (setiap pek ada 5 seluar dalam & setiap helai dibungkus secara individu untuk tujuan kebersihan)
4. Tujuan: Sesuai untuk kegunaan harian dan percutian.

Boleh tengok video sesi buka bungkusan untuk seluar dalam pakai buang dari Guardian di bawah. Harap ianya dapat membantu anda semua dalam persediaan untuk pendakian dan masuk hutan.
 Nota:  Tengok fullscreen, jangan tengok dalam screen kecik tu yer.




No comments:

Post a Comment