October 28, 2017

Road to Annapurna: Latihan 15 km jalan kaki sekitar Bandar Baru Bangi


Latihan : #11 (bermula sejak September, 2017)
Jenis Latihan : Berjalan
Jarak & Masa : 15 km & 3 jam 5 minit
Lokasi : Bandar Baru Bangi

Hari ini sepatutnya trekking dengan geng ABC (Annapurna Base Camp) dan juga geng geng Keza (Keza ni geng kayuh basikal bukit (MTB) saya) - tapi since badan masih belum rasa kuat, jadi buat keputusan untuk tidak menyertai trekking tu.

Namun, latihan perlu dibuat juga sebagai persiapan ke ABC ini. Ambil keputusan untuk buat walking sendiri di sekitar Bandar Baru Bangi sahaja. Antara jalan yang saya lalui adalah dari Seksyen 3, naik ke Mutiara Bangi, kemudian ke Bukit Darussyifa, dari situ terus ke puncak Bangi Golf Resort, dan akhir sekali ke Taman Tasik Cempaka. Kat TTC buat satu pusingan besar, boleh dapat 2 km. Dan patah balik ke Seksyen 3 - tapi masa jalan balik tu, saya tak naik ke puncak Bangi Golf Resort dah.. cukup lah masa pergi sahaja.

Boleh tengok video di bawah perjalanan latihan tadi, ade buat sikit vlog untuk tatapan rakan-rakan dan sesiapa yang nak jadikan panduan. nak join lepas ni pun boleh.
 Nota:  Tengok fullscreen, jangan tengok dalam screen kecik tu yer.




ok, ini profile dari jam Ambit, profil bukit bukit ada nampak juga walaupun tak lah tinggi sangat. paling tinggi pun hanya 85 meter sahaja, tapi dalam graf di bawah ada spike, mungkin tak betul data tu.


Latihan berjalan ini selama 3 jam 5 minit sahaja sejauh 15 km. Kalau ikut recovery time, dalam 7 jam. Jadi, lepas makan tengahari ni, dan solat zohor - akan tidur sampai Asar.


No comments:

Post a Comment