1711M10102020 Esok PKPB Second Round. Tapi, kami sempat naik ke Gunung Chabang weekend baru ni. Jadilah sebagai penguat badan untuk bertapa dalam rumah.
- - -
Pendakian memang mencabar bagi kami yang baru berjinak kembali mendaki, yang sudah biasa, memang laju naik dan turun. Terdapat tiga (3) seksyen dalam pendakian ke Gunung Chabang ini.
SEKSYEN #01: Sungai pertama ke Sungai ke-2
Bermula dari carpark di pintu masuk ke kampung orang asli Pos Slim, permulaan trailhead adalah dengan menyeberangi Sungai Pertama. Pendakian dari sungai pertama ini sudah ada bahagian yang sudah mendaki yang agak pacak, namun masih ada beberapa kawasan yang masih flat, boleh tarik nafas lega. Pendakian diteruskan sehingga bertemu dengan Sungai ke-2. Di sini, kami perlu menyeberang sungai ke-2 ini sebanyak dua kali.
Jadi, jika tidak suka kasut anda basah, eloklah membuka kasut ketika seberang sungai. Jika pandai dan berani, anda boleh menggunakan batu batu sebagai tempat untuk melompat. Menggunakan stick akan membantu untuk stabilize ketika menyeberang.
SEKSYEN 02: Sungai ke-2 ke Peak Botak (False Peak)
Gunung Chabang ni trail dia agak sempit dan banyak halangan yang menyebabkan banyak tenaga hilang semasa menunduk untuk melaluinya. Dan 95% seksyen ke-2 kecuraman yang sentiasa menaik - kurang flat trail. Nafas sentiasa je tak cukup. Bila sampai ke Peak Botak - ada kawasan kecil untuk berehat - ketinggian sudah mencapai 1,650 meter di sini. Lagi 60 meter je nak ke puncak Gunung Chabang summit.
SEKSYEN 03: Peak Botak ke Puncak Gunung Chabang
Ketinggian 1,711 meter di puncak, iaitu hanya 60 meter dari Peak Botak - namun, perjalanan ini hampir mengambil masa 1 jam untuk sampai. Ini kerana perlu melalui hutan lumut (Mossy Forest). Keadaan trail yang banyak lumpur & halangan - boleh menyebabkan tapak kasut tecabut.
Dah sampai puncak - Priceless !!
- - -
GUNUNG CHABANG Itemised program
DATE 10 OCTOBER 2020 (SABTU)
✅ PERMIT & MANAGEMENT
✅ LUNCHPACK
✅ GUIDE & SWEEPER
Meet point : Kg Pos Slim, Perak
0530-0630: Yang sampai awal boleh singgah Petronas Simpang Pulai - Jalan Loging untuk ke surau, tandas dan sarapan
0630 carpark meet up
0645 briefing
0710 Start hike
0740 1st river crossing
0900 2nd river crossing
1145 View Point
1200 Peak Botak
1215 mossy Forest
1230 Gunung Chabang Summit - rest
1300 descending
1330 Peak botak
1345 View Point
1530 2nd river crossing
1600 1st river crossing
1630 Trailhead (Finished hike)
Distance: 14km ++ return
Total elevation : 1400m++
Level: Moderate
Organized & Lead by Asmalia Hassan
No comments:
Post a Comment